Tuesday, November 10, 2009

Sujud....

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..


Thursday, November 5, 2009

Masa untuk keluarga

Balik juga akhirnya saya setelah sebulan tak balik rumah Batu Pahat. Tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya melunaskan misi tersebut minggu lepas. Sampai saja kat rumah, atok mak dan fiqrah macam tak percaya (sebab saya tak bagi tahu pun nak balik)..Fiqrah meloncat2 keriangan... Letak beg je dalam bilik, Fiqrah baring di atas katil menemankan saya menyusun barang2. Tiba2 air matanya keluar. Apakah Fiqrah?

"nape ciq?"
"tak de pape..."
"cepat cakap, nape nangis..."
"tak depape lah..."

"eleh..........."

saya ketawa terbahak2...("sopan")

"eleh, angah tau, ciq rindulah tu kat angah...hahah"


dia pun HHHAHAHHA jugak...

adoyai, adik yang seorang ni memang sensitif, maklumlah, anak bongsu, sorang2 di rumah.. maka... kesepian, sepi, sunyi, lonely, loneliness... kasihan sama dia....


Anak Bongsu :Fiqrah (ciq), menghadapi dilema adik bongsu

Fiqrah anak bongsu daripada 5 orang adik-beradik. Ramai orang cakap jadi anak bongsu best tapi dia tak rasa pun. Setiap kali dia beritahu orang dia anak bongsu, dia orang mesti akan cakap, “Mesti anak manja!!!” Benci dia. Dari kecil pun asyik kena buli dengan abang, kakak.

Darjah 2

"Baju kotor dia basuh, pinggan kotor dia basuh, rumah kotor dia kemas," (Oh, adegan ini tidak berlaku di rumah. Pekerjaan Fiqrah bukan yang ini, pekerjaan beliau ialah melayan games di facebook serta melakukan aktiviti sosial yang sihat melalui internet. Yang ni betul, kenyataan yang atas tadi tu tak benar. Kalau benar pun 10 percent je..Maafkan angah ciq kerana berterus terang)

Beliau suka memancing seperti abahnya

Pasal makan, pakai tak payah cakaplah. Makan mestilah dia yang dapat makanan paling best. apa taknya, dulu kami balik sekolah makan sayur bening dengan ikan kembung goreng tambah kicap sikit kalau nak sedap. Tak pun angah yang belikan sup kat warong depan tu, kasi abang zim makan... Terpaksa jalan kaki beratus meter semata2 nak belikan abang zim lauk makan tengahari. Dahlah balik tengahari matahari atas kepala, pastu beli sup pulak. Oh, sangat kasihan kami... tapi ciq dah untung, setiap kali balik sekolah, ada je lauk pauk yang enak2 terhidang di depan mata. Atok masak kan sedap, jadi lepas makan ciq terus sambung main facebook lagi, jadi, mana tak besarnya badan ciq over berbanding badan masa kami darjah 4 dulu. kerimping je kitorang masa tu.. kasihan2..

Darjah 4

Kalau baju pulak, ciq dapat yang baru, tak main la pakai baju turun temurun ni. Bertuahnya beliau pakai baju original... Dulu angah, pakai baju turun temurun ayong. Kirenya ayong dengan ciq lah yang bertuah, sebab pakai baju original. Angah lah yang kasihan rupenya... oh, macam tu rupenya. Baru perasan.

10 tahun

Takpelah ciq, apapen angah tahu, ciq anak bongsu sekalipun, ciq dah besar... lebih matang daripada kami masa kami darjah 4 dulu.. ciq dah pakai tudung bila keluar je rumah.. bila orang datang rumah, pun ciq dah pakai tudung... respect betul lah.. kitorang dulu pakai tudung pun masa tingkatan satu... ciq dah mula pakai masa darjah empat.. mantap2... lagi, ciq dah boleh tegur ayong dengan angah kalau kami tak tutup aurat betul2 (hkhk).. siap tegur mama lagi kalau mama pun macam kitorang jugek (kitaorang kan geng...) mantap betul lah ciq ni... serius.. angah respect!

'abang bermanja' ciq

Apa sekalipun ciq, tahniah kerana berjaya bertahan duduk kat rumah sorang2 tanpa kami... belajar bersungguh2 ye... Insyaallah, angah kan selalu pesan, keberkatan belajar tu akan dapat kalau diiringi dengan solat lima waktu dan dengar cakap orang tua... maka, belajar dan beribadatlah dengan bersungguh2....

'abang pergaduhan' ciq

~Tamat episod dilema anak bongsu...~


Anas : Kelainan anak no-4

Yang ni kontra dengan ciq...memang lain daripada lain. BERBEDA.. tapi kita cerita lain kali ajelah. Mari saya tunjukkan gambar beliau yang telah bergraduasi dari MAAHAD Muar yang mana saya turut hadir juga pada majlis ini minggu lepas.

Sewaktu beliau menunaikan umrah

Anas mahu SPM, jadi struggle. Yang penting berjaya dunia akhirat. Cayok anas!!!

Graduasi : atoq sidah (adik perempuan atok saya), amal (2 pupu saya), SB, Anas,
Tiada dalam gambar : Ciq(jurukamera) abah, mak dan mak cik

~Tamat episod dilema anak bongsu...~


Balik UTM semula..... Maka bersambung semulalah sesi exam meng'exam' saya... struggle final dan terus dengan projek2 yang tak berhenti kononya. ~Bilalah mahu habis? (oh!)~


Lagi satu, jangan lupe, beli baju2 yang saya dan hasni jual. Blouse untuk wanita2 yang mahukan penghijrahan kepada baju yang lebih labuh sikit. Pelbagai warna dan corak2 yang menarik. Beli beli...


Akhirnya, semoga sama2 sukses~

Ya Allah,
berilah hambamu ini kekuatan
serta dorongan yang sentiasa positif.
Kurniakan hambamu ini keberkatan
dan kejayaan hidup di dunia dah akhirat

...Jadikan aku hamba yang sentiasa bertawakal kepadamu
dan bersyukur dengan segala pemberianMu.
... Ameen ...

Monday, October 19, 2009

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah, sahabat saya yang seorang ni telah selamat diijabkabulkan. Tahniah kepada Kak Nisa' dan A.Fahzan..... Semoga kalian bahagia dan diberkati sehingga ke akhir hayat. Ameen.

~Sabtu, 17 Oktober/28 syawal 1430H, 11.00pagi, Taman Kemas, JB~


A.Fahzan dan K.Nisa' telah selamat diijabkabulkan ^^,


" Pelamin Impianku dimakbulkan,"...


Dari kiri; Ajan, Jamilah, Kak Ita, A.Fahzan, Kak Nisa', SB, Aina dan sahabat image.


Ya Allah,
Kami Menzahirkan Diri Kami Pada Hari Ini…
Untuk Sama-Sama Meraikan Pembentukan Sebuah Lagi Masjid Ummatmu…
Berkatilah Ya Allah… Kehadiran Kami Ini…
Semoga Berkatmu Ini Akan Menjadi Penyubur..Pada Pembinaan Perkahwinan…
Yang Penuh Dengan Mawaddah Dan Rahmah…

Ya Allah…Ya Rabbana…
Kami Hanya Mampu Untuk Menadah Tangan Kami Kepadamu…
Dan Memohon Kepadamu Dengan Penuh Munajat…
Agar Apa Yang Kami Pinta Ini Dimakbulkan…
Sekiranya Pada Diri Kami Ini Masih Ada Kelemahan Dan Dosa….
Janganlah Ya Allah …Perkara Ini Menjadi Penghalang…
Pada Termakbulnya Doa Kami…. Yang Terbit Dari Hati Yang Ikhlas…
Dan Dari Jiwa Yang Sentiasa Mengharapkan Kebesaranmu Serta Keampunanmu…

Allahumma….
Kami Berdoa Agar Kedua Mempelai Ini… Akan Terus Melengkapkan Iman Mereka…
Melalui Perkahwinan Mereka…
Bekalkan Mereka Dengan Kasih Sayang Sejati…
Perasaan Belas Kasihan Yang Hakiki…
Tekad Usaha… Yang Tidak Mengenal Penat…
Tawakkal Kepadamu… Yang Tidak Mengenal Pasrah….
Kesetiaan Antara Satu Sama Lain… Yang Tidak Mengenal Sangsi…
Ketaatan Kepada Orang-Orang Tua Mereka… Yang Tidak Mengenal Derhaka…
Dan Yang Terpenting…
Keimanan Kepada-Mu… Yang Tidak Mengenal Ingkar…

Ya Rahman…Ya Rahim….
Insafikan Mereka Berdua Ini….
Bahawa Kejayaan Perkahwinan Mereka Bukan Bermula Dengan Kekayaan….
Bukan Bertapakkan Kedudukan…..
Dan Bukan Bersemarak Dengan Pujian….
Insafikan Mereka Ya Allah…..
Sebagaimana Juga Kami Yang Lain Telah Diinsafi….
Bahawa Kebahagiaan Perkahwinan Mereka Bermula Dengan Tidak Lupa Pada-Mu….
Dengan Sentiasa Merindukan Kehadiran-Mu…. Dan Dengan Berkekalan Mensyukuri Nikmat Iman Anugerahmu…

Kurniakan Kepada Mereka Berdua…

Sifat Saling Kukuh – Mengukuh…Sebagaimana Berlakunya Antara Rasulullah S.A.W Dengan Khadijah….

Kerana Sesungguhnya… Mereka Berdua Akan Melalui Perjalanan Yang Tidak Lekang Dari Diuji…

Kurnia Kepada Si Isteri Kesetiaan Kepada Suaminya… Sebagaimana Kesetiaan Zainab Binti Muhammad S.A.W….

Peng`Abdian Kepada Allah S.W.T…Sebagaimana Peng`Abdian Rabiah Al-`Adawiyyah..

Dan Iltizam Untuk Menjadi Isteri Serta Ibu Yang Solehah…Sebagaimana Yang Ada Pada Sumayyah Binti Hubbath…

Kurniakan Juga Kepada Si Suami…Kebijaksanaan Membimbing Isterinya Ke Ambang Syurga…

Dan Semoga Dia Sabar…Dengan Apa Pun Yang Menduganya… Sebagaimana Nabi Allah Ayyub…

Bersabar Dengan Ujian Terhadap Imannya, Kesihatannya Dan Keluarganya…

Ya Allah….
Sesungguhnya Tidak Ada Doa Yang Susah Bagimu Untuk Makbulkan…..
Bagi Kami Yang Sama-Sama Menghadiri Majlis Pada Hari Ini….
Insafi Juga Diri Kami…
Supaya Kami Mampu Menjadi Contoh Yang Hidup Bagi Kedua Mempelai Ini…
Bagi Ahli Keluarga Kedua Mempelai… Yang Telah Kembali Ke Rahmat-Mu…
Izinkan Arwah Mereka Untuk Menyaksi…Saat-Saat Kebahagiaan Mereka Berdua…
Semoga Anak…Cucu… Dan Keturunan Mereka… Akan Merupakan Insan-Insan Yang Bakal Mewarisi Tunggak Agama-Mu…Dan Tanahair Yang Kami Cintai Ini…

Amin….Ya Rabbal `Alamin….

Monday, October 5, 2009

Update di Blog Nisa'

www.nisagp.blogspot.com

Nota Hati Seorang Lelaki

Salah satu bacaan terbaru bulan ini. Banyak input yang betul-betul 'hidup' boleh diperoleh daripada buku ini. Bagi yang belum membacanya, dapatkan segera.


Membaca sambil menunggu.......




.

Friday, September 18, 2009

Awal syawal..

sebelum munjung dan selepas munjung

~Atok as a senior chef~










~too many $$$ katanya....~ Ayer Hitam





~kakak yang baik lah kononya, jadi peganti saleswoman yang konon2 sibuk...~