Jika cintamu diberikan kepada manusia, kau akan merasai betapa peritnya perpisahan, pahitnya api cemburu yang membara, sukarnya untuk memahami, susahnya menjaga hubungan dari dugaan & cintamu kemungkinan diterima @ ditolak. Tetapi, jika cintamu diberikn sepenuhnya untuk Tuhanmu, kau tak akan pernah merasa kehilangan, tidak ada yang akan merebut cintaNya darimu, kau akan hidup bersamaNya dan tidak akan pernah berpisah denganNya kecuali kau sendiri yang menjauhiNya. Sesungguhnya, cinta yang paling membahagiakan adalah cinta pada Allah SWT.

Sunday, December 12, 2010

Ungkep!

Assalamualaikum.

Saya mahu ajar kalian semua masak UNGKEP. yes, ungkep ini ialah masakan orang jawa namun telah komersil dan popular sejak akhir2 ini. Lagi, pastinya ada yang tahu, ada yang tak tahu nak masak ungkep stail Mutiara Hill, Batu Pahat, Johor, Malaysia (kerana barangkali orang jawa di Suriname, Amerika Selatan memasaknya dengan resepi yang berbeza, sekian)

ok...

Bahan-bahan:

[Masakan untuk setengah sekilo ayam atau daging]

1. Ayam atau daging, ikan tak pernah dimasak dek orang
2. lengkuas - 1 inci
3. halia- 2 inci
4. bawang besar - 2 labu
5. bawang putih 5 ulas
6. serai -2 batang
7. kunyit hidup - 1/2 inci
8. biji ketumbar (2 sudu)
9. jintan manis - 2 sudu.
10. asam jawa (amik jus) atau jika suka, boleh guna asam keping.
11. minyak
12. garam
13. gula sikit je...
14. cii hijau untuk pedas pedas...

Ini dia ungkep Mutiara Hill!

Cara-cara masak:

1. Beli ayam dan bahan2.
2. Ayam dicuci lalu ditoskan.
3. Tumbuk atau blend semua yang bernama bawang, ketumbar, jinta, halia, lengkuas, kunyit hidup.
4. Tumis bahan blend diatas hingga garing, masukkan serai sekali.
5. Selepas naik bau, masukkan ayam tadi.
6. Gaul, kacau sebati mesra-mesra alam.
7. Saya suka tambahkan air dan juga kentang.
8. Masukkan jus asam jawa dan garam.
9. Masuk gula dan cili padi pedas pedas jika suka.
10. Didihkan ayam dan kentang serentak dan kasi 'mereka' empuk.
11. Dah cukup rasa semua..angkat dan hidang.

(Ulang tayang)

Nyum2... Bismillah!

6 comments:

  1. Salam...akhirnya dpt jgk resepi ungkep, dh lama x makan ungkep ( erm,mengidam dh lama nk mkn ungkep sebenaqnya)...harap2nya pasni x jd la masak lemak dh..he3. Apapun tenkiu uyun.

    ReplyDelete
  2. kak noor : haha.. masak lomak pulak dah.. gawat2
    =)

    sunah : rindu juga dadih sun333... =)

    ReplyDelete
  3. ma, jenguk ungkep kat sini --> http://sunahmohammad.blogspot.com/2010/12/ungkep.html :D

    ReplyDelete
  4. cm sedap....leh merase time knduri bulan 2 nnti..:)

    ReplyDelete
  5. sunah : ha, dah singgah =)

    azmir : cayalah!

    ReplyDelete