"bila lagi?"
"Bila nak kahwin?"
"Tak boring ke hidup sorang2?"
"Dah dah la tu.... dah boleh jaga anak dah tu..."
"Bila lagi nak makan nasi minyak awok ni..."
Dan pelbagai lagi soalan2 aneh berlegar-legar sejak dua menjak ni...
Jawapan saya "Bila dah sampai waktu, aku akan kawin. Yahoo!!!" (perlukah terlalu gumbira?. Aneh.)
Jadi, nampaknya semua orang dah sibuk tanya bila saya ingin membina masjid. Namun saya masih belum tahu bila pengumuman rasmi akan dibuat. Sama-sama lah kita mendoakan satu sama lain memandangkan kita telah berada dalam bulan Muharam yang mulia ini.
Okey semua, sempena Muharam 1433Hijrah ini, saya menyeru agar kita bersemangat untuk berhijrah dan sila tukar status mode masing-masing. Jika tahun sebelum ini anda berstatus : Pelajar, boleh jadi tahun baru ini anda bergelar pekerja professional. Boleh jadi juga dahulu anda berstatus penganggur, namun tahun ini anda berhijrah menjadi pekerja terbilang syarikat anda. Walau apa yang berlaku, pastikan anda berhijrah dan cepat2lah tukar status mode masing2.
Jadi, antara hijrah saya ialah dengan meneruskan hijrah pada tahun yang lalu : Ke kelas aerobik dan fisioterapi secara informal untuk membetulkan kaki sebelum masanya. Mari memastikan diri anda sihat dan cergas supaya ibadah anda tenang dan bagus sekali. (AMEEN...)
Kesimpulannya, jadikanlah muharam kali ini yang terbaik kerana belum tentu muharam yang seterusnya kita dapat jumpa. Subhanallah, mudah2an jumpa lagi. Insyaallah.
"Berguru Kepalang Datar,
Dapat Rusa Berbelang Di Kaki,
Berguru Kepalang Ajar,
Bagai Bunga Kembang Tak Jadi"
.....kata-kata drpd Pendita Zaaba yang bermaksud Sia-sia melakukan sesuatu kerja jika tak cukup kepakaran dan kemahiran.
salam...'like'~ :D
ReplyDelete