Jika cintamu diberikan kepada manusia, kau akan merasai betapa peritnya perpisahan, pahitnya api cemburu yang membara, sukarnya untuk memahami, susahnya menjaga hubungan dari dugaan & cintamu kemungkinan diterima @ ditolak. Tetapi, jika cintamu diberikn sepenuhnya untuk Tuhanmu, kau tak akan pernah merasa kehilangan, tidak ada yang akan merebut cintaNya darimu, kau akan hidup bersamaNya dan tidak akan pernah berpisah denganNya kecuali kau sendiri yang menjauhiNya. Sesungguhnya, cinta yang paling membahagiakan adalah cinta pada Allah SWT.

Thursday, December 9, 2010

Limau sunkist, 2 biji habbatussauda, dan lain2


“Ya Allah! Selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan sahabat Baginda serta berkati sejahterakanlah.”



Assalamualaikum semua! =)

Jaga kesihatan masing2 kerana cuaca 'moody' kebelakangan ini. Maka, jaga kesihatan.

Saya masih demam, tapi dah kurang, alhamdulillah. Cuma lainnya kali ini, saya tak ke klinik dan mengambil drug sebagai medicine. Apa yang saya ikhtiarkan ialah perkara2 di bawah;

Selepas solat subuh:

1. 2 biji habbatussauda yang telah 'di darussyifakkan'
2. segelas air klorofil dicampur dengan anti-toxin dan ubat homeopathy.

Tengahari :

1. Pisang lilin sahaja
2. seliter air yang diilarutkan dengan sesudu ubat2 homeopathy

Petang :

1. Sebiji epal
2. Sepinggan nasi nasi lauk pauk
3. Beberapa gelas air masak

Malam :

1. Sebiji sunkist
2. 2 biji habbatussauda
3. seliter air yang diilarutkan dengan sesudu ubat2 homeopathy

Maka, saya 'jampikan' 'mreka' dengan Al-fatihah dan selawat syifa'. Meletakkan mereka disisi ketika membaca Al-Quran. Di sepadukan dengan keyakinan terhadap Allah taala yang memberi musibah di samping penawarnya.

Setelah dibacakan dengan ayat2 Allah, maka saya telan semua2 itu.

Bismillahi tawakkaltu ’alalloohi laa haula walaa quwwata illa billah


Alhamdulillah, hasilnya hari ni demam saya dah sedikit kebah, tinggal selesema saja yang tinggal dan pening2 lalat... Alhamdulillah.

Terima kasih Allah.

petua : betulkan yang biasa, biasakan yang betul =)

0 comments:

Post a Comment