Tanda gangguan emosi dan penyakit mental boleh dikesan pada peringkat awal, antaranya perubahan tingkah laku yang sangat ketara, panas baran (mudah marah), tiada selera makan, sukar untuk tidur, cepat kecewa dan mempunyai perasaan rendah diri yang mendalam. -PESIMA.net
Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia. Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah. Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), kedua dengan mengambil wuduk dan ketiga ialah dengan beristighfar serta membaca al-Quran.

Jika gejala itu berpanjangan dan gagal dikendalikan dalam tempoh dua minggu, individu berkenaan patut mendapatkan rawatan atau ahli keluarga dan rakan membantu individu itu mendapatkan rawatan daripada pakar psikiatri. Gangguan emosi dan penyakit mental yang dibiarkan untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan menjadi lebih serius dan mengakibatkan skizofrenia.
"Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah." -Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof
Langkah terbaik menangani sifat panas baran?
"Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diridan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan" -Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof -

Cerita 1, WASHINGTON:
Presiden George W Bush dilaporkan terpaksa mengambil ubat antitekanan yang kuat bagi mengawal tingkah lakunya yang panas baran, masalah kemurungan serta ‘paranoia’ - sejenis gangguan mental yang dialaminya.
Sebuah perkhidmatan media Amerika Syarikat memetik sumber rapat Rumah Putih mendedahkan baru-baru ini, ubat yang diselia pegawai perubatan Bush, Kol Richard J Tubb, sebaliknya boleh menjejaskan keupayaan mental serta kemampuan pemimpin Amerika itu ketika berdepan krisis.
Cerita 2, KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, dia tidak sengaja menceraikan isterinya kerana tidak dapat mengawal perasaan marah selepas dimarahi pegawai atasannya.
Lelaki berusia 42 tahun itu pulang ke rumah selepas dimarahi oleh pegawainya berikutan dia datang lewat. Dalam keterangannya, dia berkata, pada 4 Januari 2001, kira-kira jam 12 tengah hari, dia melafazkan lafaz cerai yang berbunyi ‘saya ceraikan awak’ kepada isterinya, di rumah mereka.

Kena atasi dari sekarang?
PERCAYA atau tidak dengan senyuman ia mampu meredakan tekanan, sekali gus membantu seseorang yang bermasalah atau dalam keadaan tertekan. Malah, bercakap dan berbual dengan tenang mampu meredakan fikiran yang serabut.
Saintis berpendapat, wujud hubungan antara otot pada wajah yang digunakan untuk senyum dan satu kawasan dalam otak yang membebaskan satu bahan kimia saraf (neurotransmitter) merangsang menenangkan fikiran.

Anda juga harus suka mendengar dan berupaya mendengar serta memahami. Di sini, saya memberikan sedikit tips untuk menghilangkan tekanan dan sikap mudah marah (tips diceduk dari i-Kon)
# Ikuti latihan dan kegiatan sukan
Kajian menunjukkan individu menumpukan kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung.
# Meningkatkan kekerapan bersenam
Aktiviti bersenam bukan saja mengurangkan paras keresahan, tetapi uga mengurangkan muram dan rasa rendah diri. Bersenam adalah unsur paling perlu dalam mana-mana program antitekanan.

Ramai pakar pemakanan berpendapat, menambahkan berat badan menambahkan beban yang lebih pada sistem biologi badan dan saraf minda anda. Merubah gizi yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan.
# Kurangkan minum alkohol
Walaupun ramai berpendapat meminum alkohol adalah cara untuk mengurangkan tekanan, kajian mendapati minum alkohol lebih daripada dua auns setiap hari boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, jiwa kurang stabil seperti panas baran, fungsi sel otak kurang cergas dan akhir sekali paras tekanan meningkat.
# Minum satu cawan kopi
Kafein adalah bahan perangsang yang dianggap berbahaya pada kesihatan. Ia boleh menyebabkan seseorang terangsang dan jika berlebihan menimbulkan keresahan, mengganggu ketenangan minda dan mempercepatkan degupan jantung.
# Berhenti merokok
Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik pada masa beberapa hari saja. Anda dapat berasakan ernafasan lebih licin dan selesa kerana udara meresap ke saluran darah lebih berkesan.
# Berfikiran positif
Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elak daripada memekik atau bertindak garang. Kemarahan yang dilihat secara positif boleh menjadikan tekanan bertukar kepada kekuatan.

Saya teringat pesanan dari seorang Ustaz saya di MRSM dahulu, Ingatlalah : Nabi Musa pernah berdoa kepada Allah Taala. Lebih kurang begini,
"Ya Allah, aku berterima kasih kepada-Mu yang telah mengurniakan pelbagai jenis orang/manusia di sekelilingku....Ameen..."

Jadi, pesan saya kepada diri sendiri dan sahabat2,
Hargailah sesiapa yang ada disekeliling anda (kerana sebenarnya ramai yang malang, kerana tak tahu menghargai)
-dengan kehadiran pencuri, kita lebih berhati-hati
-dengan kehadiran anak, kita rasa tenang dan damai
-dengan kehadiran pemotong wayar TNB, kita bayar bil elektrik
-dengan kehadiran ah long, kita belajar cermat agar tidak berhutang
-dengan kehadiran kucing, kita jadi tuan yang kasih pada makhluk lain
-dengan kehadiran penjual cendol, kita nikmati cendol di dunia
-dengan kehadiran supervisor thesis master yang baik, aku jadi makin ketagih nak belajar.
Oleh yang demikian,
Alangkah bahagianya kerana orang di sekeliling kita merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Sayangilah yang ada disekeliling kita. Usah tunggu dia TIADA, baru belajar untuk menghargai dan menyayangi, padahal dia telah TIADA (AMAT MALANG lah senang cerita).
Buanglah jauh-jauh sikap mudah marah, malas, cakap besar, pemboros, hasad dengki dan sikap2 mazmumah yang lain-lain.
Belajar2lah melafazkan kalimah

"Ya Latif... Ya Latif... Ya Latif...... (Allah Maha Lembut)"

0 comments:
Post a Comment