Jika cintamu diberikan kepada manusia, kau akan merasai betapa peritnya perpisahan, pahitnya api cemburu yang membara, sukarnya untuk memahami, susahnya menjaga hubungan dari dugaan & cintamu kemungkinan diterima @ ditolak. Tetapi, jika cintamu diberikn sepenuhnya untuk Tuhanmu, kau tak akan pernah merasa kehilangan, tidak ada yang akan merebut cintaNya darimu, kau akan hidup bersamaNya dan tidak akan pernah berpisah denganNya kecuali kau sendiri yang menjauhiNya. Sesungguhnya, cinta yang paling membahagiakan adalah cinta pada Allah SWT.

Thursday, August 18, 2011

Latih anak ke masjid~

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah, dah 18 hari kita berpuasa. 2 hari lagi dah pun nak masuk ke 10 terakhir Ramadhan. Jom kita kejar pahala Ramadhan.

Saya lihat semasa bulan Ramadhan ni memang ramai ibu-ibu yang bawa anak ke masjid ataupun surau. Alhamdulillah. Ianya boleh dijadikan latihan supaya anak-anak mencintai masjid. Taklah bila dah besar berpeleseran di shopping complex, kita nak marah pulak sedangkan kita sendiri tak latih mereka ke masjid masa mereka kecil-kecil dulu.


Sedikit tips untuk mengajar anak cintakan masjid

1) kerap bawa anak ke masjid dari bayi dan sepanjang masa, bukan di bulan Ramadhan sahaja
2) sebelum keluar beritahu anak-anak bahawa kita akan bawa dia ke masjid, masjid itu rumah Allah, jadi kena diam, duduk elok-elok
3) bila sampai ke masjid, perkenalkan masjid sekali lagi. sebutkan adab2 masjid
4) bawa mainan dan dudukkan dia di sebelah masa solat.

Kalau sejak dari bayi kita semua amalkan, insyaAllah bila besar sikit jadi lebih mudah. Bayi yang masih kecil mampu menerima dan menyimpan maklumat yang diberikan walaupun tak mampu memberikan maklum balas. Jika bayi kita masih kecil (kurang 4 tahun), mungkin kita tak dapat solat dengan tenang. Tak apa. Yang penting langkah pertama untuk bayi kenal dan cinta dengan masjid. Oh ya, kalau boleh masa solat, solatlah di saf belakang2 dan tepi supaya anak2 tadi tidak mengganggu jemaah lain.

Semoga 10 yang terakhir ini dapat ditempuhi dengan amal dan iman. Jumpa lagi!

2 comments:

  1. insya'Allah nanti didik anak macam ni...

    ReplyDelete
  2. insya Allah kak uyun =]
    wee..kene buat nih pas ade anak..hehehe

    ReplyDelete