"Manusia silap kalau asyik menganggap rezeki itu hanya dalam bentuk duit". Saya berterus terang dengan seorang teman 'A' yang dah mula berputus asa dalam pekerjaannya.
Saya baru kahwin, kos hidup untuk dua orang. Tambah kos setiap bulan untuk ke-empat-empat orang tua kami, tambah dengan atok dan adik-adik. Tambah tolak ia menelan belanja hampir RM1000. Belum lagi dengan hutang kereta, sewa rumah, bil elektrik, bil air, bil telefon, broadband, insurans, duit dapur dan lain-lain. Senang cerita, jika nilai sebenar di kira, mahu-mahu tak cukup duit gaji. Allahuarabbi....
Begitu juga dengan kisah teman saya si A tadi. Bujang, gaji tak sampai RM2k, tapi perlu beri mak ayah, adik2 duit setiap bulan. Dan ditambah lagi dengan belanja-belanja lain. Allahuarabbi, tak cukup lagi duit gaji!.
Kawan saya si B, gaji RM4k, masih bujang tetapi tetap menanggung mak ayah, adik-adik. Bila pakai kereta besar/mewah, hutang jadi lebih besar. Duduk rumah sewa mewah, kosnya juga tinggi. Oh, tak cukup juga rasanya gaji.
RM kecil tak cukup, RM besar pun tak cukup. Bila agaknya rasa cukup? Ini masalah yang sering melanda kita, bila gaji besar, selera mestilah besar, jadi hutang pun besar. Bila gaji sikit, belanja mesti sikit, tapi berdikit2 macam mana pun, hujung bulan, mesti habis. Lagi-lagi habis!

Astaghfirullah, ketika kita merungut duit habis, duit gaji tak cukup, duit itu, duit ini.... Mungkin kita tak sedar bahawa duit bukanlah punca rezeki kita semata-mata. Kita hidup hari ini bersama dengan orang yang kita sayang, itu juga bentuk rezeki. Kita berjalan ke tempat kerja dengan kaki yang masih elok, tidak berkerusi roda atau bertongkat, itu juga rezeki. Kita dapat makan dengan kenyang, perut tak buat hal, itu juga rezeki. Pendek kata, rezeki tu bukannya duit saja.
Manusia sering silap, dikaburi dengan definisi rezeki itu ialah duit, sedangkan rezeki itu apa sahaja yang kita kecap hari ini... pakaian yang kita pakai juga adalah rezeki, suami/isteri/teman serumah yang baik juga adalah rezeki, kita boleh menunaikan solat dhuha di pagi hari, juga adalah rezeki. Allah, banyaknya rezeki kita.....
Saya akui, dalam kegawatan nak pilihanraya sekarang ni, di mana goverment dah freeze jawatan kosong, claim pun susah nak buat, duit pengurusan pun freeze, harga barang asyik naik, manusia perlukan duit untuk kelangsungan hidup masing-masing. Saya pun, lelah memikirkan hal ni. Namun jangan sampai kita jadi hamba duit... kita mesti jadi Hamba Allah, agar hidup kita bermakna. Ujian dan nikmat itu dirasakan bermakna. Jangan sampai duit yang tak cukup hanya membuatkan kita putus asa, kalau macam tu nampak sangat kita hidup untuk duit. Kita silap...
Saya bercakap lagi dengan si A bahawa "rezeki itu Allah yang bagi, bukan manusia.. Sama-sama kita doa, ada rezeki lain yang Allah akan bagi, bukan sekadar duit". Sayangnya A terus menyalahkan majikan. Nah, bila manusia beranggapan hanya duitlah sebagai sumber rezeki, beginilah jadinya. Hampa dan kecewa bilamana majikan tak menggaji kita. Majikan itu manusia, kerajaan itu pun manusia, mereka tak mutlak dan akan mati. Kenapa sedih bilamana manusia tak bagi kita kerja, sedangkan Allah dah lantik kita berjawatan tinggi dari dulu lagi, menjadi Khalifah-Nya. Itu juga rezeki.

Sambil saya menaip, sambil saya teringat kerut2 dahi si A bila saya memotivasikan dirinya minggu lepas. Hopeless, itu perkataan yang sesuai dengan dia....saya cerita lagi,
"Gaji saya pun macam kamu, biasa-biasa. cukup untuk kami suami isteri, tak lebih tak kurang. Tu rezeki kami. Tapi yang lebih rezeki ialah bilamana saya dapat duduk bersama suami lepas kahwin. then, kerja pun setempat dengan suami. saya dapat pergi-balik ke tempat kerja dengan suami, saya dapat makan tengahari dengan dia dengan bekal yang kami bawa. Senang cerita, walaupun kami jauh nak balik kampung, 7-8jam, tapi rezeki kami ialah bilamana dapat sama-sama susah kat sini. Itu satu rezeki yang sangat luas, yang mana manusia tak nampak..."
"Cuba bandingkan dengan si C, dah kahwin, tapi duduk asing-asing. seorang di KL, sorang lagi kat sini. Walaupun gaji suami isteri ni besar, tapi mereka perlu men-double-kan living cost mereka. Dua-dua ada rumah sewa masing2 supaya senang bilamana hujung minggu dapat berjumpa dan tinggal di rumah tu. cuba kira kos ulang-alik KL-Dungun, darab dengan 4 kali seminggu.. Allah, tak dapat bayang berapa banyak yang perlu di spend untuk sebulan. Walau kawan2 selalu cakap, 'bapok besor gaji deme!", tapi ujian disebalik rezeki tu berbeza.. yang tu mereka tak nampak..." saya menambah.
"Kamu solo, rezeki kamu sekarang ialah status 'solo' kamu, masih belum ada ketaatan dan tanggungjawab terhadap suami. kamu bebas untuk mengorak hidup, planning dan macam-macam. Rezeki kamu juga sekarang ialah MASA. Masa senggang yang boleh digunakan untuk sambung belajar, untuk bekerja tanpa meminta izin dari suami untuk bekerja. Kakak saya perlukan masa setahun untuk mendapat kebenaran suaminya untuk bekerja. Pening dia dibuatnya. Bila kamu ada masa yang banyak daripada yang dah kahwin ni, boleh spendkan untuk family dan masyarakat secara total, yang mana banyak kebaikan yang kamu dapat daripada situ. Kan, masa pun rezeki kan, bukan sekadar duit...... yang tu yang kamu tak nampak.. Jadi, berhentilah merungut."
Si A diam seminggu. Tapi hari ini beliau kembali normal. Entah, dia ambil pusing atau tak dengan apa yang saya kata. Ikutlah, asalkan saya dah cakap apa yang sepatutnya saya cakap.
Dan sekarang saya termenung sekejap, memastikan bahawa hari ini saya telah menerima rezeki daripada Allah, supaya saya tak mudah kecewa dengan kehidupan. Ya, bangun pagi tadi, saya masih ada nyawa, itu rezeki pertama saya!.
Untuk yang masih terasa sempit dengan kehidupan hari ini, harap-harap kalian terasa betapa luasnya rezeki lepas baca entri ni. Positiflah, agar hari-hari kita sukses!
alhamdulillah.. lega kekusutan lepas baca entri akak ni.. :)
ReplyDeletenak minta izin untuk share, boleh?
Salam, dik. boleh ;)
ReplyDeletesyukran uyun ats perkongsian..
ReplyDelete=) Ya, kan. Kakak 'Uyun memang sangat berusaha meyakinkan suaminya untuk dia bekerja. Dengan syarat: 1. Rumahtangga tak terabai, 2. Anak tak terabai. Maksud terabai itu sangat luas. Susah nak tidak terabai. Apapun, kena pandai sesuaikan diri. REZEKI ALLAH LUAS.
ReplyDeleteSesungguhnya memang x salah lagi aku rindu dengan ko, Yun... Beberapa minit sebelum baca entri ni, aku teringat-ingat ko. Terima kasih sbb bg motivasi x langsung yg sgt bermakna ni.
ReplyDeletesalam 'uyun, kak ida fke ni :)
ReplyDeletenice writing
kalau semua orang sedar yg hidup kita semua ada bahagian masing2 insya Allah takde lah yang merungut
tapi nama pun manusia, kak ida pun dulu pernah juga rasa tak best bila ada hamba Allah yang suka bercerita seolah2 dia la paling susah atas dunia, and then boleh pulak dia cakap kat kak ida, ida ko takpe hidup ko smooth je
heh serius naik darah time tu, macam la dia kenal kak ida ni dari kecik sampai sekarang
tapi itu lah abaikan je la
yang penting kita ni bersyukur, dah kita nasihat org suruh syukur dia tak nak syukur jugak apa la daya kita, doakan je la
p/s: jemput le ke my blog, tp dah berabuk2 bersawang2
salam semua ;)
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih sebab sudi singgah.. sekadar coretan yang tergambar di minda dan terbuku di hati. Siapa yang tidak lelah kalau ijazah yang dipegang belum mampu memberi jaminan hidup pd masa ni dek 'kegawatan' ekonomi Malaysia yang disengajakan.
Tapi syukur, Allah masih curahkan hidayah untuk jadi manusia yang sabar, sabar dan syukur.... Lain orang, lain ujiannya, insyaallah, sm2 harungi. saling support antara satu sama lain. ;)
Ajan : walau kita jauh, hati kita selalu dekat. I miss you too. sama2 berusaha, insyaallah!
sokong my uchuk 103%!!!! kikikiki
ReplyDeleteentri yang memberi kesedaran teramat buat saya untuk lebih bersyukur. Puan Uyun, saya minta permission untuk share entri ni ye. Mudahan Allah permudahkan segala urusan kita dan diberi keselamatan dunia akhirat. Rabbi Yassir Wala Tuassir. Amin.
ReplyDelete