Assalamualaikum warahmatullah,
Buat semua bakal ummi...
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" - Ibnu-majah
Saya mengambil riwayat di atas kerana kita sudah melepasi level yang pertama, maka marilah kita panjatkan pujian dan rasa penuh syukur kepada Pencipta kita, ALLAH Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana yang telah menganugerahkan seorang lelaki yang SUDI memperisterikan kita.
ALHAMDULILLAH, kita tidak lagi dibelenggu dengan persoalan jodoh.
ALHAMDULILLAH, kita tidak lagi mendengar pertanyaan orang,
"bila nak kawin?,"
"dah ada calon ke belum?"
"dah lama kenal, bila nak kawin nyer?"
ALHAMDULILLAH, kita tidak perlu memikirkan lagi tentang mencari seorang lelaki untuk dijadikan suami. ALHAMDULILLAH..
Kini, kita telah selamat berada di bawah naungan sang suami, ALHAMDULILLAH,..ingatkan selepas kahwin dah rasa lega.... tapi...
"dah ada ke blum?..."
"merancang ker?..."
"erm, x pandai la tu.. bla..bla"
"kawan tu kahwin sebelum kita, dah mengandung.... bla..bla..bla..."
"dah berapa lama kawin, x der lagi, tak pegi cek ke....?"
"anak tu datang dengan rezeki sendiri, buat ape tunggu lagi, tak baik tangguh2..."
"period ker?alaaaa.."
"ke mandul?"
uiishhh, sakitnya hati, sedih, tak ada mood, selalu menangis dan beremosi, macam2 dalam fikiran. Serabut mendengar pertanyaan begini, apa tidaknya, jika berjumpa dengan 100 orang, maka 100 oranglah akan bertanya perkara yang sama.
Relax.. Relax... sebentar tadi baru je kita bersyukur kerana kita telah selamat berada di bawah jagaan suami. Kita amat beruntung sebab sempat merasai nikmat perkahwinan dan pembinaan rumah tangga. Jadi...
Marilah pujuk hati kita, selalu-selalulah bercakap pada diri, "Aku sangat bersyukur pada-Mu Ya ALLAH yang telah memberi suami untukku, mudah-mudahan Kau kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. Ameen"
Selalu-selalulah berbisik dalam hati sendiri "Semua ini ALLAH Yang Tentukan. Dia Pemberi Rezeki, Dia lah Sebaik-baik Penentu. Aku masih belum mengandung, mesti ADA HIKMAH nya.."
Buat kawan2 yang tengah berusaha mendapatkan cahaya mata, teruskan berusaha. Tenangkan hati, perasaan sedih lontar jauh2. Cakap2 orang jadikan semangat walaupun berbaur sinis. Dan jangan sesekali berburuk sangka kepada ALLAH.
Ingat bahawa "HOK ALLAH WAT COMEL BLAKO DOH," Maksudnya, apa yang ALLAH tentukan semuanya baik, DIA tahu keadaan, masa, situasi macam mana yang sesuai untuk kita mengandung, beranak dan menjaga anak kelak.

alahaaaii
ReplyDeleteseronoknye bace
walau x kawen lagi
heeee
tips utk sy yg bakal nk kawen someday
hehee
maceh kak!
insyaAllah...
p/s: aduhai..bile bole jadi anak usrah akak lagi ye...huu..rindu T___T
Macam mana DIA bagi kita suami bila sudah tiba masanya, macam itu jugaklah DIA akan bagi kita zuriat bila sudah tiba masanya...kan mama?
ReplyDeleteAssalamua'laykum!
ReplyDeleteSemoga k.Uyun beroleh baby cepat.. :) hehe
aimie : yey!! seronoknya berusrah kat sini, walau kita jauh, hati kita selalu dekat kan?
ReplyDeleteSunah : Yup, betul tu sunnah. yang penting bagaimana kita menzahir batinkan rasa syukur kita pada Allah. Ingatlah, setiap degup jangtung kita ni adalah pemberian dan kasih sayang dari Dia, jadi kita kena banyak2 bersabar.
Allah menguji kita dengan tidak diberinya apa yang kita minta, namun Allah tetap juga menguji manusia dengan pemberiannya. Bersabar dan teruskan berdoa ye sayang ;)
Zaleha : Insyaallah, Ameen! Cepat atau lambat tu soal rezeki dik. Allah akan memberi bila masa dan keadaannya sesuai untuk baby tu lahir ;)
Salam..
ReplyDeleteselalu ingat pada diri... 'Perancangan Allah itu lebih baik buat kita'..
moga kita peroleh zuriat yang soleh dan solehah..amin..(^_^)